Menu

INSP. NOR AISYAH, GUNA BAHASA URDU SELESAIKAN JENAYAH

Berkebolehan berbahasa Urdu menjadi kelebihan kepada Inspektor Nor Aisyah Shasriman, 31 tahun yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Selangor dalam menyelesaikan beberapa kes jenayah berprofil tinggi.

Beliau yang kini memegang amanah sebagai Pegawai Risikan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Serdang pernah terlibat menyelesaikan beberapa kes jenayah melibatkan penyeludupan manusia khusunya kaum Rohingya yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu.

Wanita berdarah kacukan Punjabi ini juga pernah menjadi seorang Ketua Polis Balai di Pulau Pinang dan pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2014 serta Surat Penghargaan kekal indeks rendah jenayah pada tahun 2012.

Jom baca lanjut berkenaan artikel di bawah menerusi pautan gambar yang telah disediakan.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS