Menu

PM RAKAM PENGHARGAAN KHAS KEPADA ANGGOTA KESELAMATAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghargaan khas kepada anggota pasukan keselamatan melalui laman Facebook beliau hari ini. 

Beliau memuatnaik sembilan keping foto anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Darat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyertai acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka di sini hari ini. 

"Tabik hormat! Segak bergaya anggota pasukan keselamatan kita berbaris dan berarak di Dataran Merdeka pagi tadi.

"Mereka inilah tonggak yang mempertahankan kemerdekaan negara, menjaga ketenteraman dan keselamatan kita semua" katanya di laman sosial itu. 

Lebih 450,000 pengunjung menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016 Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah penganjuran acara tersebut.

Sambutan itu bermula pukul 8 pagi melibatkan lebih 14,491 peserta perbarisan termasuk 213 aset pertahanan darat dan 35 aset perta-hanan udara.

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS