Menu

KEJAR 50KM

Pengedar dadah melarikan diri dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ditahan di Kajang.

Kuala Lumpur - Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan kearah tayar kereta dinaiki sekumpulan pengedar dadah selepas suspek bertindak ganas merempuh kenderaan polis. 

Dalam kejadian jam 5.15 petang kelmarin, polis mengejar kereta dinaiki suspek sejauh hampir 50 kilometer dari Chow Kit sehingga Plaza Tol Bandar Seri Putra, Kajang. 

Difahamkan, kejadian bermula apabila dua anggota polis Tindakan Khas ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terserempak kereta dinaiki suspek. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, anggota polis cuba menahan kereta suspek namun mereka melarikan diri dan gesel dengan kereta Perodua Myvl, katanya. 

Bagaimanapun, seorang lagi suspek dapat melarikan diri. Kedua-dua suspek berusia 40 an dan memiliki rekod dikehendaki polis bersabit laporan Dang Wangi pada tahun 2014. 

Pemeriksaan lanjut menemui 30 peket dadah disyaki heroin, satu peket dadah syabu dan satu peket disyaki ganja, katanya..

Sumber- Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS