Alor Setar - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan anggota Daesh akan menimbulkan kekacauan pada sambutan Hari Malaysia, 16 September ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kumpulan militan berkenaan sebelum ini gagal untuk membuat kekacauan semasa samhutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.
Beliau berkata, pihaknya sedang memantau beberapa individu yang berpotensi untuk mencetus gangguan.
Sebelum ini tiga rakyat tempatan yang dipercayai anggota kumpulan Daesh ditahan kerana cuba melancarkan serangan di ibu negara, Selangor dan Pahang.
Sementara itu, Noor Rashid menyaksikan majlis serah terima tugas, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan) Bukit Aman, Datuk Asri Yusoff sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu daripada Datuk Zamri Yahva berkuat kuasa semalam.
Sumber- Sinar Harian