Kuala Lumpur, 2 September 2016 – Warga petugas Persidangan Gabungan Polis-Polis Rantau Asia Tenggara (ASEANAPOL) Ke-36 telah menerima sijil penghargaan khas daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam satu majlis ringkas di Mess Pegawai Kanan Polis, di sini hari ini.
Persidangan yang telah berlangsung Julai lalu berjaya menghimpunkan 10 ketua-ketua polis dari negara ASEAN serta beberapa buah negara pemerhati dan rakan dialog seperti Australia, China, Jepun, Korea, New Zealand, Rusia serta Turki untuk membincangkan pelbagai masalah jenayah rentas sempadan, mengeratkan kerjasama selain merancang langkah-langkah penanganan ancaman terhadap keselamatan negara.
Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya berkata, sepanjang berlangsungnya persidangan itu, Malaysia selaku tuan rumah telah mendapat pujian serta respon positif dari peserta deligasi.
Tambahnya lagi, kejayaan itu merupakan perancangan rapi serta komitmen tinggi dari seluruh petugas ASEANAPOL.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengusulkan pemberian ‘Service Bar’ dari pejabat Perdana Menteri kepada semua yang terlibat dalam penganjuran ASEANAPOL Ke-36.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah PDRM, warga Bukit Aman, dif-dif jemputan dan jemputan media.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan Sijil Penghargaan Petugas-Petugas ASEANAPOL ke-36, Tahun 2016 kepada Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan Sijil Penghargaan Petugas-Petugas ASEANAPOL ke-36, Tahun 2016 kepada Ketua Polis Selangor, Dato' Abdul Samah Bin Mat

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan Sijil Penghargaan Petugas-Petugas ASEANAPOL ke-36, Tahun 2016 kepada wakil lain-lain agensi yang terlibat.

Persembahan sekitar majlis berlangsung