Johor Bahru - Polis berjaya memberkas sebanyak 3,751 individu atss pelbagai kesalahan melibatkan aktiviti perjudian haram secara online atau konvensional di seluruh negeri ini sepanjang lapan bulan pertama taliun 2016.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, dalam tempoh yang sama juga, pihaknya telah melakukan 1,045 serbuan melibatkan rampasan wang tunai berjumlah RM301,364 dan 10,434 unit mesin permainan perjudian haram.
Katanya, polis amat memandang serius kegiatan tersebut dan berjanji akan melakukan pemeriksaan serta serbuan secara berterusan ke atas premis yang disyaki teriibat.
Operasi bersepadu oleh polis dan agensi berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan dan Tenaga Nasional Berhad akan dijalankan bagi mengekang kegiatan tersebut.
Dalam tempoh yang sama juga, kita telah memotong bekalan elektrik ke atas 52 buah premis yang menjalankan kegiatan judi di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.
Tambahnya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penganjur kegiatan haram tersebut mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pencegahan Jenayah 1959.
Menurut Datuk Wan Ahmad Najmuddin, individu yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.
Sumber : Kosmo