Kuala Lumpur, 19 September 2016 –Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan peringkat Bukit Aman di Perkarangan Kompleks 3, di sini, pagi tadi.
Perhimpunan yang menghimpunkan semua jabatan yang terdiri daripada pegawai kanan dan anggota polis dan pegawai awam dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam ucapannya Tan Sri Dato’ Sri Khalid menyifatkan penubuhan JIPS adalah bertepatan sama sekali bagi mendukung dasar pucuk dalam usaha memantapkan integriti dan pematuhan standard oleh setiap warga PDRM, intergriti adalah indikator terpenting dalam aspek keperibadian penjawat awam yang memegang amanah rakyat.
Beliau dalam pada itu turut menyeru agar seluruh warga PDRM tidak mudah melatah apabila berdepan dengan asakan daripada pihak luar yang cuba yang mempersoalkan kredibiliti pasukan di samping itu terus memperkemaskan diri dengan segenap aspek integriti, disiplin, etika dan telus dalam menterjemahkan perkhidmatan pasukan kepada masyarakat.
Dalam majlis tersbut, Tan Sri Dato’ Sri Khalid turut menyampaikan Surat Penghargaan kepada 25 penerima dan seorang penerima ganjaran imbuhan Anugerah Integriti.
Majlis turut dihadiri, Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, barisan Pengarah PDRM ,Pegawai Kanan, anggota dan pegawai awam.
Ketua Polis Negara Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menerima tabik hormat di pentas utama
Pemeriksaan barisan Kawalan Kehormatan oleh Ketua Polis Negara Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar
Bacaan lafaz ikrar
Ketua Polis Negara Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan Surat Penghargaan
Sekitar upacara di pentas utama
Ketua Polis Negara Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan Surat Penghargaan