Putrajaya, 23 Sept 2016 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Syarikat Star Media Group (SMG) hari ini mengadakan Majlis Pelancaran inisiatif pencegahan jenayah yang dikenali sebagai "Eye In The Sky" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Program yang telah dilaksanakan sejak enam bulan lalu ini melibatkan kru Star Traffic dari SMG yang membuat liputan dan pemerhatian trafik secara langsung dari ruang udara negara menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar merasmikan majlis pelancaran tersebut dengan turut dihadiri oleh Pengerusi SMG, Dato' Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse.
Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Dato’ Sri Khalid berkata, program seumpama ini bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat bahawa PDRM sentiasa terbuka untuk berganding bahu dengan pelbagai pihak dalam aspek pencegahan jenayah, termasuklah dengan sektor swasta.
"Kerjasama dengan SMG ini diharap dapat memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya dari aspek perkongsian maklumat termasuklah maklumat info trafik dan SMG juga berkelebihan dengan mempunyai pelbagai rangkaian radio antaranya 988 fm, Suria FM, Red FM dan Capital FM," ujar beliau.
Usahasama eksklusif antara PDRM dengan SMG ini telah turut menjadikan mereka sebagai saluran media rasmi sepanjang program 1Aman Week anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamtan Komuniti (JPJKK) PDRM yang telah dirasmikan pada pagi tadi.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan (JPJKK) PDRM, Dato’ Rusli Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM, Dato’ Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama Pengerusi SMG, Dato' Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse..
Bacaan doa...
dari kiri, Pengerusi SMG, Dato' Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan (JPJKK) PDRM, Dato’ Rusli Ahmad...
antara yang hadir..
antara yang hadir..
Pengacara majlis yang mengendalikan perjalanan program pada hari ini...
ucapan daripada Pengerusi SMG, Dato' Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse...
ucapan perasmian daripada Ketua Polis Negara..
Gimik pelancaran program ‘Eye In The Sky'..
Sesi bergambar kenangan bersama individu-individu penting yang menjayakan program ‘Eye In The Sky'..
Sesi penyampaian cenderahati..
Ketua Polis Negara bersalaman dengan para petugas program 'Eye In The Sky'..