Menu

SEMOGA BERJAYA ATLET PETANQUE PDRM

SEMOGA BERJAYA ATLET PETANQUE PDRM

Kuala Lumpur, 27 September - Seramai 24 atlet petanque Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) diraikan dalam Majlis Penyerahan Bendera Sang Saka Biru sempena Kejohanan Petanque MAKSAK 2016 yang akan diadakan di Kuching, Sarawak bermula 29 September hingga 2 Oktober ini.

Bendera Sang Saka Biru itu diserahkan oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi, ACP Nik Murtaza Mahmud kepada Pengelola Petanque PDRM, DSP Che Azmi Bidin di Dewan Theatrette, Bukit Aman, di sini pagi tadi.

Majlis tersebut diadakan bagi menyuntik semangat kesukanan kepada semua para atlet sebelum kejohanan tersebut berlangsung disamping meningkatkan kekuatan mental para atlet seterusnya mengharumkan imej PDRM hingga ke peringkat antarabangsa.



Bendera Sang Saka Biru itu diserahkan oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi, ACP Nik Murtaza Mahmud kepada Pengelola Petanque PDRM, DSP Che Azmi Bidin.


Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi, ACP Nik Murtaza Mahmud menyampaikan ucaptama.





Sekitar majlis berlangsung.


Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS