Menu

'CIKGU AZMAN': GURU SEMBOYAN PDRM

Sarjan Mejar Azman Anuar yang kini berkhidmat di Bahagian Komunikasi (Operasi), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor adalah nama yang tidak asing lagi dalam hal-ehwal komunikasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya di kontinjen Selangor.

Sepanjang 37 tahun perkhidmatan beliau dalam pasukan keramat ini, lebih 2,000 warga PDRM termasuk anggota dan pegawai kanan telah dilatihnya untuk mengenali asas dan selok-belok telekomunikasi polis atau dahulunya lebih dikenali sebagai 'semboyan'.

Bekas tenaga pengajar Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu, Sabah itu kini boleh berbangga kerana terdapat beberapa anggota dan pegawai kanan yang pernah menjadi 'anak murid'nya itu kini telah menjawat jawatan yang lebih tinggi darinya.

Jom kenali dengan lebih dekat 'Cikgu Semboyan' PDRM menerusi artikel di bawah ini.

Sumber: Utusan Malaysia
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS