Biarpun baru dibebaskan dari tirai besi dua bulan lalu atas kesalahan dadah, ternyata ia belum menginsafkan seorang lelaki berusia 31 tahun dari Kampung Pauh, Hulu Terengganu apabila dia terus mengulangi kegiatan berkaitan.
Malam kelmarin, dia sekali lagi dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 8.30 malam di sebuali rumah tidak bernombor di Kampung Pauh dipercayai ketika sedang menunggu pelanggan untuk urusan jual belidadah.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, turut ditahan bersama lelaki tersebut ialah seorang saudaranya berusia 37 tahun yang sebelum ini juga mempunyai rekod bersabit kesalahan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Beibahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952.
Sumber: Sinar Harian