Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Baharom Abu mengesahkan suspek memandu kereta jenis Proton Satria diubahsuai secara haram, tidak mempunyai cukai jalan dan insurans yang telah terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kematian telah ditahan di rumahnya di Tumpat, Kelantan, kelmarin.
Suspek tersebut kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pe-ngangkutan Jalan 1987.