Menu

POLIS RAMPAS TOYOTA HILUX CURI DINAIKI TENTERA INDONESIA

Polis merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda {4WD) dipercayai kenderaan curi yang dinaiki oleh sekumpulan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Lubok Antu di Sarawak kelmarin.

Pihak polis turut menahan anggota TNI dari Kem Yonif 312 Kala Hitam, Jawa Barat, Indonesia ketika hendak keluar dari Kem JPG Lubok Antu kira-kira pukul 3.15 petang.

Siasatan lanjut polis mendapati kenderaan yang dinaiki anggota TNI itu mempunyai plat pendaftaran palsu serta telah dilaporkan hilang di Kota Samarahan baru-baru ini.

Kenderaan yang dirampas serta tahanan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lubuk Antu bagi siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS