Menu

POLIS SELAMATKAN MANGSA CULIK DI PULAU PINANG

Polis berjaya menyelamatkan seorang pemilik premis pengurup wang di Bukit Jambul di Pulau Pinang selepas diculik selama lima hari dengan memberkas sembilan suspek dalam serbuan di sebuah apartmen di Lebuh Relau, Bukit Jambul kelmarin.

Mangsa berusia 60 tahun diselamatkan pada pukul 11.30 malam selepas polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Desa Relau 15 minit sebelum itu.

Operasi menyelamat mangsa diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri sendiri iaitu Datuk Kazarudin Husain.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS