Menu

KETUA POLIS NEGARA HADIR SIRI CERAMAH PEGUAM NEGARA 2016

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Abd Rahim bin Siru


Bangi, 17 Oktober 2016 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi sempat meluangkan masa menghadiri siri ceramah Peguam Negara, Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Ali yang bertajuk “AG's Perspectives On Article 5 Of The Federal Constitution In This Challenging Borderless World” di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Bangi, Selangor.

Ceramah itu antara lainnya membincangkan tentang garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara untuk diguna pakai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan masa kini.

“Peruntukan perlembagaan persekutuan tidak boleh ditolak oleh prinsip undang-undang antarabangsa yang mana ianya bukanlah bahagian daripada undang-undang domestik Malaysia”, antara hujah Mohamed Apandi Ali.

Siri ceramah itu merupakan salah satu platfom perbincangan intelektual antara mana-mana penceramah terkemuka dan wakil-wakil agensi perundangan mengenai isu-isu berkaitan undang-undang semasa.

Antara objektif utamanya adalah untuk menganalisis perkongsian maklumat bagi pembinaan keupayaan bidang kehakiman serta meningkatkan pengetahuan pegawai penguatkuasa di Malaysia.

Turut hadir ialah Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Dato’ Anita Harun dan tetamu-tetamu jemputan.

_MG_9837
Sekitar ceramah Peguam Negara, Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Ali yang bertajuk “AG's Perspectives On Article 5 Of The Federal Constitution In This Challenging Borderless World” di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Bangi, Selangor.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS