Hayat seorang penjenayah kejam yang dikenali sebagai 'Rambo Bentong' bakal berakhir di tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadapnya kerana membunuh seorang remaja berusia 17 tahun di Kampung Ketari, Bentong, Pahang, tujuh tahun lalu.
Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman gantung terhadap Rabidin Satir, 46, selepas menolak rayuan akhirnya.
Sumber: Utusan Malaysia.