Kuala Lumpur, 1 November 2016 - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, berkenan menyematkan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis kepada 249 Pegawai dan Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Istana Negara, di sini, pagi tadi.
Mendahulu senarai penerima Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ Acryl Sani Hj.Abdullah Sani diikuti Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) PDRM, Dato' Sri Muhammad Sabtu Osman dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato Rusli Ahmad.
Manakala Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), dikurniakan kepada 44 orang, antaranya , SAC Dato’ Hazani Ghazali, SAC Azman Salim, SAC Izany Abdul Ghany, SAC Ahmad Taufek Abdullah dan SAC Hussein Omar Khan.
Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) dikurniakan kepada 84 penerima manakala Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) diterima seramai 12 orang dan Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP) seramai 104 orang.
Sementara itu, dua penerima Pingat Keberanian Polis (PKP), iaitu Sub Inspektor Zulkifli Nor daripada Unit Tindak Khas (UTK), Bukit Aman dan Sarjan Dolah Ahmad daripada Bahagian Siasatan Khas D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan mencemar duli berangkat ke istiadat tersebut.
Turut Hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Dato’ Abd Manan Mhd Hassan.

Barisan Kepimpinan PDRM bergambar kenangan bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah,

bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar
-dato-acryl-sani-hj.abdullah-sani-semasa-menerima-pingat-darjah-kepahlawanan-pasukan-polis-.jpg?sfvrsn=2)
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ Acryl Sani Hj.Abdullah Sani semasa menerima pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis...
-dato-jalaluddin-abdul-rahman-semasa-menerima-pingat-darjah-kepahlawanan-pasukan-polis-.jpg?sfvrsn=2)
Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman semasa menerima pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis...
-pdrm-dato'-sri-muhammad-sabtu-osman-semasa-menerima-pingat-darjah-kepahlawanan-pasukan-polis-.jpg?sfvrsn=2)
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) PDRM, Dato' Sri Muhammad Sabtu Osman semasa menerima pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis...
-dato-rusli-ahmad-semasa-menerima-pingat-darjah-kepahlawanan-pasukan-polis-.jpg?sfvrsn=2)
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato Rusli Ahmad semasa menerima pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis...

Dato' Jalaluddin Abdul Rahman bergambar kenangan bersama isteri.

Antara barisan kepimpinan PDRM yang menerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis..