Polis Johor meminta bantuan orang ramai yang terlihat atau mempunyai sebarang maklumat tentang kes penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dijumpai dalam longkang di Taman Jaya Sepakat, Senai agar tampil membantu polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, SUPT. Razak Md. Said, bayi yang dijumpai penduduk itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis percaya berdasarkan fizikal mangsa, ianya baru sejam dilahirkan oleh suspek.
Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di talian 07-6632222 bagi menyalurkan maklumat.
Sumber: Sinar Harian