Menu

POLIS BERGELUT TANGKAP TOKAN DADAH DI MACHANG

Polis Kelantan berjaya menahan tiga individu yang masing-masing berumur di antara 28 sehingga 31 tahun serta merampas 381 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM7,680 dalam operasi di Machang, Ahad lalu.

Pihak polis terpaksa bergelut selama beberapa minit dengan salah seorang suspek dadah itu sebelum berjaya menumpaskannya serta merampas dadah dan menjumpai lokasi pil-pil kuda itu disorokkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Machang, DSP Dzulkifli Abdul Ghani, kesemua yang ditahan adalah dalam serbuan berasingan yang dilaksanakan oleh pihaknya bermula dari jam 2 petang sehinggalah jam 8 malam.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS