Polis Tanah Merah, Kelantan kelmarin berjaya menahan sepasang suami isteri yang melarikan seorang bayi perempuan berusia lima hari di Hospital Tanah Merah.
Menurut Ketua Polis Daerah, DSP Suzaimi Mohamad, pihaknya yang mendapat maklumat dari hospital terus bergegas ke lokasi kejadian dan membuat siasatan sebelum berjaya menjejaki suspek yang melarikan bayi terbabit.
Pihak polis turut merampas beberapa peralatan bayi dan buku kesihatan suspek bagi tujuan siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian