Menu

NASIB MANGSA KEBAKARAN TERBELA

Bukit Aman, 18 Nov 2016 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) menghulurkan bantuan berjumlah RM16,000 kepada lapan keluarga mangsa kebakaran Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu, Sarawak yang disampaikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, di sini, hari ini.

Sumbangan cek tersebut adalah hasil sumbangan Tabung Kasih PERKEP Malaysia Jabatan KDNKA, PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur, PERKEP Kontinjen Kedah dan PERKEP Maktab Teknik Muar serta sumbangan Peribadi daripada Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.

Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim berkata, hasil sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang ditimpa bencana kebakaran.

Turut hadir sama, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shariza Saad@Mansor dan Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datin Sri Hajah Wan Safiah Wan Salim.


Bergambar kenangan..


Sekitar majlis penyerahan cek mangsa kebakaran...


Sekitar majlis penyerahan cek mangsa kebakaran...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS