Serdang, 27 November 2016 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menjayakan Kejohanan Endurance Piala Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar untuk kali yang kedua dengan disertai seramai 59 orang peserta yang bertempat di MAEPS, dekat sini, pagi tadi.
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah selaku tetamu kehormat mewakili pucuk pimpinan PDRM turut hadir serta tidak melepaskan peluang memasuki pelbagai acara yang dipertandingkan.
Beliau menunggang kuda yang diberi nama ‘Ernie’ dan memakai nombor perlumbaan '201' telah berjaya mengungguli kategori individu terbuka 20 kilometer (KM) manakala Koperal Muhmad Fand Rizan Ali juga menjadi johan bagi kategori individu terbuka 40KM.
Bagi kategori 40KM berpasukan pula, ianya telah dimenangi oleh pasukan MAFET ‘A’ yang diketuai oleh Christie Seuong, Muhammad Ridzuan Mat Yusof, Benjiry Ibrahim dan Frankie Budit.
Pasukan PDRM ‘A’ berjaya mengungguli kategori 20KM yang di ketuai oleh Dato' Sri Zulkifli, Dato' Sri Haji Shafiz Dato' Haji Shahrani, Supt. Suffian Sulaiman dan Sub Inspektor Ruslan Abd Rasid.
Selain jalan yang licin dan mencabar yang perlu dilalui oleh semua peserta, kekuatan fizikal dan mental dalam mengawal emosi untuk bertenang mengawal kuda mereka sepanjang kejohanan adalah turut menjadi cabaran utama buat semua yang mengambil bahagian hari ini.
Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dalam ucapan beliau turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada barisan ahli-ahli jawatankuasa penganjur, para penaja iaitu NZ Bina Sdn. Bhd., Telekom Malaysia, Kumpulan SHAHPADU, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan Persekutuan Ekuestrian Malaysia.
Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Sharifuddin Ab. Ghani, Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato’ Mohd Fuad Abd Latiff, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), SAC Wan Abdullah Bin Ishak, barisan penaja kejohanan, orang-orang kenamaan serta rakan media.

Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah berjaya mengungguli kategori individu terbuka 20 kilometer (KM)

Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah membuat persiapan sebelum acara bermula.

Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Sharifuddin Ab. Ghani turut hadir menyertai kejohanan...

Sekitar 'Flag Off' Kejohanan Endurance Piala Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar...

Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan hadiah kepada para pemenang..

Ucapan oleh Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah...

Bergambar kenangan bersama Dato' Sri Zulkifli Abdullah...