Polis Pulau Pinang meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi liar berhubung insiden tembak di Lebuhraya Lim Chong Eu, Khamis lalu.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, kejadian tersebut adalah insiden terpencil membabitkan seorang yang mempunyai masalah mental.
"Ketua Polls Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri mengesahkan penembak itu iaitu pengawal peribadi Datuk Ong Teik Kwang yang terbunuh, mempunyai masalah mental, jadi jangan kaitkan dengan kongsi gelap" katanya.
Sumber: Sinar Harian