Menu

POLIS POHON MAKLUMAT SAKSI KES BUANG BAYI DI GELANG PATAH, JOHOR

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, SUPT. Noor Hisham Mohamad meminta masyarakat sekitar Gelang Patah, Johor yang mempunyai maklumat berkaitan kes buang bayi perempuan comel di Kilometer 42, Jalan Tanjung Kupang, kelmarin salurkan kepada pihak polis.

Mana-mana saksi juga boleh terus menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Ridzuan Khalid di talian 07-5114222 untuk menyalurkan maklumat.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS