Menu

PENUTUPAN SEMINAR KBSJD, KBSJND, DAN KBPJKKD 2016

Kuala Lumpur, 7 Disember 2016 – Seminar Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD), Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJDN), dan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah (KBPJKKD) tahun 2016 menutup tirainya dalam sebuah majlis yang diadakan di Auditorium Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), petang tadi.

Seminar yang dianjurkan oleh Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) ini mempunyai objektifnya tersendiri iaitu memberi kesedaran mengenai trend jenayah semasa disamping memberi pemahaman mengenai teknik menganalisis trend jenayah dalam memastikan perancangan program pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen melalui perkongsian maklumat secara bersepadu di antara satu sama lain.

Dalam pada itu, satu sesi dialog bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim turut diadakan bagi memberi peluang kepada 271 peserta yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian Jenayah, Narkotik dan Pencegahan Jenayah Daerah dari seluruh Malaysia untuk bersama-sama membincangkan permasalahan atau kekangan yang timbul di peringkat-peringkat daerah khususnya.

Hadir sama dalam majlis penutupan seminar adalah Y.Bhg Pengarah Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Dato’ Dr Mazlan Yusof, YDH Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, Datuk Wira Chuah Ghee Lye, YDH Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Perundangan/ Tahanan) JSJN, Dato’ Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim,YDH Timbalan Pengarah 1, Jabatan StaRT, Dato’ Aidi Ismail, YDH Timbalan Pengarah Siasatan Perundangan, JSJ, Dato’ Azham Othman, YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan, Puan Hajah Fatimah Abdul Hamid, SAC Dasar Strategik PDRM, YDH SAC Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Mun Kock Keong serta pegawai-pegawai kanan PDRM.






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS