Menu

PDRM DAN MASJID BUKIT AMAN ANJUR FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL

PDRM DAN MASJID BUKIT AMAN ANJUR FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL

Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Masjid Bukit Aman telah menganjurkan Forum Perdana dengan tajuk "Jiwa Pemimpin dan Kepimpinan Rasulullah SAW" sempena sambutan Maulidur Rasul 2016/1438 Hijrah.

Forum yang diadakan di Dewan Utama Masjid Bukit Aman itu menampilkan dua orang panel penceramah iaitu Syeikh Haji Ismail Haji Hashim dari Yayasan Media Hebat dan PU Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak iaitu Juara Pencetus Ummah musim ke-3 dan dipengerusikan oleh Ustaz Nabil Ahmad dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Dato’ Zamri Yahya, YDH KPP E7 Cawangan Khas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman, Dato’ Abd. Rahman Hj Ahmad, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan warga kerja Ibu pejabat Polis Bukit Aman.







Sekitar Forum berlangsung.





Bacaan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W





Sesi penyampaian cenderamata.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS