Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman melancarkan Operasi Saman Tertunggak Warga Asing v (OSTWA v) yang bertujuan untuk memeriksa dan menahan kenderaan negara jiran yang telah memperolehi saman kesalahan lalu lintas yang tertunggak.
Menurut Pengarah JSPT, Bukit Aman, SAC Dato' Mahamad Akhir Darus, sebanyak lima tangkapan turut dibuat dalam operasi berkenaan yang masing-masing melibatkan Akta Imigresen kerana tiada dokumen diri yang sah serta menghalang tugas Penjawat Awam.