Menu

KAK ANI BUNUT PAYUNG DITAHAN


Seorang wanita berusia 46 tahun yang dikenali sebagai Kak Ani Bunut Payung ditahan polis di Jalan Sultan Yahya Petra dekat kawasan perindustrian Lundang, Kota Bahru kerana dipercayai memiliki 88 gram dadah jenis heroin bernilai RM 44,000.

Siasatan polis mendapati suspek terlibat dalam pengedaran dadah jenis heroin sejak empat bulan lalu. Suspek juga mempunyai satu rekod lampau di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS