Selari dengan wawasan kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menetapkan tiga fokus utama untuk melonjakkan PDRM sebagai penguatkuasa yang ulung di dalam negara. Antara fokus tersebut adalah memantapkan integriti dikalangan warga PDRM serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan melalui pembangunan modal insan yang kompeten.
Antara usaha yang dilaksanakan oleh organisasi adalah:
a) Mewujudkan organisasi PDRM yang mapan, progresif dan kompeten yang secara tidak lansung akan menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang mencapai standard yang ditetapkan;
b) Memberi penekanan terhadap modal insan yang mematuhi Kod Etika PDRM bagi memastikan setiap warga PDRM berpengetahuan, berkemahiran, cekap dan mempunyai kepakaran terhadap tugas yang dijalankan;
c) Memantapkan keberkesanan tadbir urus PDRM melalui perluasaan Inovasi dan kreativiti serta pengisian perjawatan di setlap peringkat dan jawatan dengan modal insan yang bersesuaian dan kompeten;
d) Mempertingkatkan keberkesanan tindakan penyeliaan penguatkuasaan dan pemulihan dalam menangani salah laku disiplin di kalangan pegawai, anggota dan pegawai awam.
e) Memperkenalkan kaedah pembangunan modal insan berasaskan kompetensi dan memperkasakan kaedah latihan dan bahagian latihan PDRM;
f) Membangunkan dasar baharu bagi memperkasakan modal insan ke arah peningkatan kompetensi, produktiviti dan integriti bagi memenuhi ekspektasi masyarakat yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan kepolisan yang diberikan dan
g) Meningkatkan kerjasama dengan agensi/jabatan lain seperti Instilut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber: Harian Metro