Seorang bekas banduan berusia 27 tahun ditahan lagi kerana dipercayai menjadi pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kota Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 13 Januari lalu.
Lelaki berkenaan dibebaskan setahun lalu kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan ditahan selama lapan bulan.
Polis turut menemui 11,974 pil kuda dan 143.83 gram syabu bernilai RM129,538 dalam serbuan tersebut.
Sumber: Berita Harian