ELAK DITIPU, POLIS NASIHAT JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN TAWARAN HEBAT
Bandar Seri Jempol, 16 Januari 2017 - Masyarakat setempat diingatkan berhati-hati dengan tawaran menarik yang tidak masuk akal, susulan tiga kes penipuan dilaporkan minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, adalah mustahil bagi sebuah telefon pintar baharu dijual pada harga RM660.
Bagaimanapun, katanya, seorang penuntut berusia 20 tahun di Bahau dekat sini, terpedaya hingga sanggup membayar RM6,600 untuk membeli 10 unit telefon itu.
"Mangsa mengenali seorang perempuan melalui aplikasi WeChat yang mendakwa sebagai pengedar telefon itu.
"Selepas memasukkan wang ke dalam akaun wanita berkenaan, dia tidak dapat dihubungi," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sini, hari ini.
Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/235232