POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI LEBIH RM400 RIBU
Ayer Keroh, 16 Januari 2016 - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggar bernilai lebih RM400,000 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bukit Baru.
Dalam serbuan itu, polis merampas 8.817 gram (g) pelbagai jenis dadah, 200 batang rokok berisi dadah termasuk cecair seberat 46 liter benrilai RM484,850.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.20 pagi Ahad, polis turut merampas dua buah kenderaan masing-masing pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire, wang tunai RM5,000, jam tangan Rolex dan barang kemas bernilai RM37,900.
Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/235289