Menu

PERBARISAN TAMAT LATIHAN KONSTABEL WANITA DAN KONSTABEL SOKONGAN LELAKI DAN WANITA SIRI 1/2016

Selangor, 21 Januari 2017 – Bermulanya tahun baru, satu lagi sejarah dilakar oleh para pelatih konstabel setelah berjaya menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Siri 1/2016 bertempat di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, hari ini.

Dalam upacara perbarisan tersebut menyaksikan seramai 203 pelatih yang terdiri daripada 126 pelatih konstabel wanita Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berjaya menjalani latihan asas selama enam bulan manakala empat bulan bagi 77 pelatih Konstabel Sokongan (KS) lelaki dan wanita.

Majlis penutup pada kali ini merupakan gabungan Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Wanita dan KS Lelaki dan Wanita bagi Siri 1/2016 yang disempurnakan oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Sri Abdul Samah Hj Mat.

Dalam ucaptamanya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelatih kerana telah berjaya mengharungi cabaran dalam latihan asas yang diberikan dengan berbekalkan semangat juang serta disiplin yang tinggi demi menjadi seorang warga polis yang ikhlas sejajar dengan amanah yang bakal disandang kelak.

“Sesungguhnya saya amat yakin bahawa semua pelatih pada hari ini adalah di antara yang terpilih dan terbaik dan anda telah membuktikan pemilihan untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan satu keputusan yang tepat.

Para pelatih merupakan aset terpenting kerana pasukan amat memerlukan golongan muda yang berpengetahuan dan berdaya saing bagi menterjemah mutu perkhidmatan PDRM,” kata beliau dalam ucapannya.

Dato’ Sri Abdul Samah turut mengingatkan para pelatih bahawa dalam bidang kepolisan harus menerapkan nilai-nilai yang murni dengan mendambakan pengorbanan, keikhlasan dan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada negara sekaligus mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap pasukan PDRM.

“Dalam memenuhi ekspektasi masa kini, PDRM sentiasa berusaha menambah baik penyampaian perkhidmatannya bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik khususnya dalam aspek keselamatan.

Berilah perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada rakyat serta bertindaklah mengikut peraturan berlandaskan undang-undang dan bertugaslah sebagai satu pasukan,” tambah beliau lagi.

Dalam majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan T-Baton dan karate serta penyampaian anugerah kepada tiga pelatih yang cemerlang dalam kategori akademik, latihan luar dan pelatih terbaik keseluruhan.

Hadir sama majlis tersebut ialah, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) PDRM, SAC Dato’ Ramli Mohamed Yusof, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, Supt. Osman Mamat, barisan pegawai kanan PDRM, ahli keluarga pelatih serta rakan media.


Sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Sri Abdul Samah Hj Mat.


Sekitar nyanyian lagu Negaraku dan Sedia Berkhidmat..


Sekitar perbarisan membuat lintas hormat dalam perlahan dan cepat masa..


Sekitar perbarisan membuat lintas hormat dalam perlahan dan cepat masa..


Sekitar perbarisan membuat lintas hormat dalam perlahan dan cepat masa..


Pelatih KPSL Wanita menerima anugerah bagi kategori akademik terbaik..


Pelatih Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita) menerima anugerah bagi kategori akademik terbaik..


Pelatih KPSL Wanita menerima anugerah bagi kategori latihan luar terbaik..


Persembahan T-Baton oleh para pelatih..


Persembahan karate oleh para pelatih..


Penerima pelatih terbaik bergambar kenangan bersama Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Sri Abdul Samah Hj Mat..


Sekitar perjumpaan bersama keluarga usai perbarisan..


Sekitar perjumpaan bersama keluarga usai perbarisan..


Sekitar perjumpaan bersama keluarga usai perbarisan..


Sekitar perjumpaan bersama keluarga usai perbarisan..


Sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Sri Abdul Samah Hj Mat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS