Menu

PERBARISAN TAMAT LATIHAN KONSTABEL LELAKI (KPSL) SIRI 1/2016

Hulu Selangor, 25 Februari 2017 – Seramai 479 pelatih konstabel telah berjaya menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Lelaki Siri 1/2016 (KPSL) bertempat di Dataran Kawad Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Upacara perbarisan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff.

Kesemua pelatih siri ini merupakan kenaikan pangkat secara lantikan kepada mereka yang telah bertugas sebagai Konstabel Sokongan sebelum ini untuk mengisi kekosongan jawatan Konstabel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Para pelatih telah menjalani latihan selama enam bulan bermula 28 Ogos tahun lalu dan modul untuk program latihan ini juga memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran kerja dan pembentukan sikap.

Pelatih-pelatih ini juga telah turut didedahkan dengan pelbagai pengetahuan kepolisan seperti Modul Akademik, Modul Latihan Luar Dan Program Tranformasi Minda.

Dato’ Sri Mohd Mokhtar dalam ucapannya mengingatkan para pelatih bahawa dalam bidang kepolisan harus menerapkan nilai-nilai yang murni dengan mendambakan pengorbanan, keikhlasan dan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada negara sekaligus mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap pasukan PDRM.

“Dalam memenuhi ekspektasi masa kini, PDRM sentiasa berusaha menambah baik penyampaian perkhidmatannya bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik khususnya dalam aspek keselamatan.

Berilah perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada rakyat serta bertindaklah mengikut peraturan berlandaskan undang-undang dan bertugaslah sebagai satu pasukan,” tambah beliau lagi.

Hadir sama majlis tersebut ialah, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) PDRM, SAC Dato’ Ramli Mohamed Yusof, Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, ACP Azhan Abdul Halim, barisan pegawai kanan PDRM, ahli keluarga pelatih serta rakan media.

_MG_1803
Sekitar Perbarisan Tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisian (PLAK) Konstabel Lelaki (KPSL) Siri 1/2016.
_MG_1944
Ketibaan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff.

_MG_2070
Sekitar Perbarisan Tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisian (PLAK) Konstabel Lelaki (KPSL) Siri 1/2016.

_MG_2162
Konstabel Pelatih Junaidi Mansa dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Program Latihan Asas Kepolisian (PLAK) Konstabel Lelaki (KPSL) Siri 1/2016.

_MG_2312
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff dan Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, ACP Azhan Abdul Halim bergambar bersama peserta-peserta terbaik.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS