Sepang, 1 Mac 2017 - Dua suspek wanita berkait kes pembunuhan Kim Chol didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini.
Doan Thi Huong, 28, warganegara Vietnam ditahan polis pada 15 Februari manakala Siti Aisyah, 25, warganegara Indonesia ditahan pada hari berikutnya.
Tempoh reman kedua-dua suspek berkenaan selama 13 hari berakhir semalam dan mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tiada pengakuan direkodkan dan kes akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Sepang pada 13 April 2017.

Pendaftaran pengamal media tempatan dan antarabangsa di hadapan Kompleks Mahkamah Sepang.

Pemeriksaan rapi ke atas pengamal media sebelum masuk ke Kompleks Mahkamah Sepang.

Pemeriksaan peringkat kedua ke atas pengamal media di lobi Kompleks Mahkamah Sepang.

Suspek warganegara Indonesia, Siti Aisyah.

Suspek warganegara Vietnam, Doan Thi Huong.

Pengamal media ketika membuat liputan media.

Pengamal media ketika membuat liputan media.