Kuala Lumpur, 24 Mac 2017 - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari Polis ke-210 di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, dekat sini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri telah disambut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalannya Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim serta Komandan PULAPOL, SAC Shamsudin Mat.
Turut hadir, pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan warga PDRM yang bertugas di sekitar ibu kota.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dan para jemaah kemudiaan mendengar khutbah khas bertajuk "Integriti Melonjak Kualiti Hidup" yang disampaikan oleh Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali Daud sebelum solat Jumaat.
Superintendan Haji Ghazali dalam khutbahnya mengingatkan agar setiap anggota polis perlu sentiasa berusaha memastikan kesemua tuntutan Syarak dicapai demi memenuhi nilai integriti dalam setiap tugasan harian.
Hari Polis yang akan disambut setiap 25 Mac merupakan hari penting dan bersejarah bagi warga PDRM untuk meraikan para pejuang yang pernah mempertahankan negara serta memperingati usia penubuhannya yang telah menjangkau 210 tahun.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Masjid Salehin, PULAPOL KL

Sekitar Solat Jumaat sempena Peringatan Hari Polis Ke-210 di Masjid Salehin, PULAPOL KL

Bacaan Khutbah Jumaat oleh Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali Daud

Sekitar Solat Jumaat sempena Peringatan Hari Polis Ke-210 di Masjid Salehin, PULAPOL KL

Sekitar Solat Jumaat sempena Peringatan Hari Polis Ke-210 di Masjid Salehin, PULAPOL KL