Menu

PDRM ‘BERGELAP’ TANDA SOKONG KEMPEN EARTH HOUR

Kuala Lumpur, 25 Mac 2017 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited menyokong Kempen ‘Earth Hour’ yang diadakan secara tahunan di seluruh dunia bagi memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara bumi dari pemanasan global yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah kaca secara tidak terkawal.

Selari dengan hala tuju Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM bagi membantu Malaysia mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan langkah penjimatan penggunaan tenaga elektrik, kedua-dua menara dan bangunan Kompleks C di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman bergelap selama hampir satu jam bermula pada jam 8.30 hingga jam 9.30 malam tadi sebagai memberi sokongan kepada kempen ini.

Kempen ini turut dilaksanakan secara serentak di peringkat kontinjen/Formasi/Briged/Maktab dan perumahan-perumahan PDRM.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS