Menu

POLIS SIASAT LAMAN WEB JUAL DADAH


Sindiket dadah kini semakin licik apabila menggunakan internet sebagai taktik terbaharu pengedaran dan penyeludupan dadah. Sama seperti konsep popular beli-belah online, sindiket tersebut juga mempunyai laman web sendiri yang digunakan untuk mempromosikan jenis-jenis dadah yang dijual.

Bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, sindiket yang bergerak di serata dunia itu menggunakan media sosial seperti Facebook, aplikasi WeChat atau WhatsApp sebagai platform jual beli dadah secara online.

Katalog menerusi laman sosial disediakan oleh sindiket bagi mempromosi pelbagai jenis dadah dan memudahkan pelanggan membuat pilihan dan pesanan, ibaratnya jual beli dadah zaman ini sudah seperti jual beli baju di internet.

Menurut polis, taktik pengedaran dadah kini berubah daripada menggunakan kargo jalan darat atau laluan laut kepada menggunakan internet.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS