Seramai 26 wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam operasi khas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Jalan Kulim, Bukit Mertajam, pada 18 April lalu.
Mangsa dipercayai dipaksa bekerja tanpa diberikan cuti selain tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit dan beribadat pada waktu siang oleh sebuah syarikat berkaitan pembersihan.
Mereka yang sebahagiannya mempunyai dokumen perjalanan yang sah itu berada dalam keadaan trauma dan kebanyakannya menangis teresak-esak ketika diselamatkan.
Pihak polis turut menahan dua wanita tempatan berusia 47 dan 58 tahun bersama seorang wanita Indonesia berusia 46 tahun yang dipercayai penjaga premis.
Sumber: Kosmo