Menu

CERAMAH ISRAK MIKRAJ ANJURAN JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL

Kuala Lumpur, 28 April 2017 - Bersempena dengan peristiwa Israk Mikraj, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menganjurkan program ceramah Israk Mikraj yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman di sini, sebentar tadi.

Bicara ilmu pada kali ini disampaikan oleh Ustaz Roslan Mohamed dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Antara pengisian ceramah adalah, beliau mengajak para hadirin untuk bersama mengambil pengajaran kepada keimanan dan kepercayaan peristiwa agung Israk dan Mikraj dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia.

Selain itu beliau menyentuh beberapa perkara berkenaan kewajipan memelihara solat lima waktu dan kebaikan-kebaikan yang diperolehi melaluinya. Beliau turut mengajak hadirin mengamalkan nilai murni dengan membudayakan amalan bantu-membantu, membuat kebaikan kepada orang lain dan pentingnya mempunyai hati yang tenang.

Ceramah ini turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Dato’ Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman, pegawai-pegawai kanan serta warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

_MG_4219
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Roslan Mohamed dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)..

_MG_4188
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Dato’ Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Sri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman..

_MG_4178
Bacaan doa..

_MG_4186
Antara yang hadir..

_MG_4191
Sekitar penyampaian cenderahati..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS