Klang, 28 April 2017 - Upacara Sembahyang Agama Buddha sempena sambutan Hari Polis Ke-210 telah diadakan di Samadhi Vihara, Bukit Raja, di sini, hari ini.
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Dato’ Kang Chez Chiang merangkap Pengerusi Persatuan Komuniti Buddha berkata sembahyang khas ini diadakan bagi mendoakan keselamatan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa bertugas.
Tambah beliau lagi, semua kontinjen dan formasi PDRM di seluruh negara turut menganjurkan aktiviti seumpama ini dengan menjemput penganut agama Buddha serta masyarakat tempatan bagi sama-sama menjayakan aktiviti keagamaan seperti ini selaras dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'