Menu

PDRM DALAM PROSES LAKSANA SISTEM PERAKAUNAN AKRUAN - KPN

Cheras, 4 Mei 2017 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses melaksanakan Sistem Pengurusan Aset (MYSPA) dan Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (MYSPATA) yang membolehkan semua urusan pentadbiran asetnya direkod secara sistematik berkuatkuasa 1 Januari 2018.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, sekiranya ada di antara aset yang tidak didaftarkan, bajet tidak akan diberikan untuk tujuan penyelenggaraan dan penggantian.

Berucap sempena Perasmian Penutup Persidangan Pegawai-pegawai Aset PDRM Tahun 2017 di Maktab PDRM Kuala Lumpur sebentar tadi, beliau turut mengarahkan agar semua warga PDRM yang memiliki dan menggunakan Aset Alih PDRM agar mempamerkan KEW. PA-7 iaitu sijil daftar senarai aset alih di pejabat atau di premis tugas masing-masing bagi memudahkan pemantauan dan proses audit.

Sebelum itu, beliau dalam ucapannya perasmiannya telah menzahirkan keyakinannya dengan hasil persidangan pada kali ini ini berjaya memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai-pegawai aset untuk lebih memahami prosedur, tanggungjawab serta peranan mereka dalam memperkasakan lagi pengurusan aset PDRM.

“Aset-aset kita hendaklah diuruskan dengan sempurna agar segala aspek pemilikan, penyelenggaraan dan pelupusannya dipatuhi sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan di mana ianya telah jelas diterapkan dalam manual Pengurusan Aset Menyeluruh (PAM) yang merangkumi aspek perancangan, pewujudan, penggunaan, penyelenggaraan, pemeriksaan, pelupusan dan hapuskira,” ujarnya.

Turut hadir pada hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Persidangan Pegawai-pegawai Aset PDRM Tahun 2017, Dato’ Abd Manan Mhd Hassan, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Shamsiah Mohd Shariff, barisan Pengarah-pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

IMG_8870
dari kiri: Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Persidangan Pegawai-pegawai Aset PDRM Tahun 2017, Dato’ Abd Manan Mhd Hassan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Shamsiah Mohd Shariff

IMG_8883
pengacara majlis yang menjayakan perjalanan majlis pada hari ini..

IMG_8886
Bacaan doa...

IMG_8900
ucapan daripada Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Persidangan Pegawai-pegawai Aset PDRM Tahun 2017, Dato’ Abd Manan Mhd Hassan.

IMG_8904
Ucapan penutupan persidangan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar..

IMG_8934
antara yang hadir..

IMG_8924
antara yang hadir..

IMG_8938
gimik penutupan Majlis Persidangan Pegawai-pegawai Aset PDRM Tahun 2017...

IMG_8941
gimik penutupan Majlis Persidangan Pegawai-pegawai Aset PDRM Tahun 2017...

IMG_8951
sesi penyampaian sijil penyertaan daripada Ketua Polis Negara kepada wakil-wakil jabatan, formasi dan kontinjen yang terlibat dalam persidangan..

IMG_9107
sesi penyampaian sijil penyertaan daripada Ketua Polis Negara kepada wakil-wakil jabatan, formasi dan kontinjen yang terlibat dalam persidangan..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS