Menu

POLIS TAHAN TIGA PENUNTUT DISYAKI TERBABIT AKTIVITI GENGSTER

Kuala Lumpur, 4 Mei 2017 – Polis menahan tiga penuntut di Sungai Petani, Kedah kerana disyaki terlibat dalam aktiviti gengster.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam catatan Twitter rasmi beliau hari ini.

Beliau berkata PDRM akan menangkap lebih ramai lagi penuntut dan bekas penuntut yang terlibat dalam aktiviti sedemikian.

"Syabas @PDRMsia Kedah tangkap tiga penuntut/bekas penuntut di Sungai Petani terlibat aktiviti gengster. Ramai lagi akan ditangkap. #GoPDRMGo, “katanya.

-- BERNAMA

 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS