Seorang lelaki yang menyertai pergaduhan besar membabitkan 30 individu bertindak ganas cuba merempuh kereta peronda polis (MPV) dan anggota yang mengarahkannya berhenti berhampiran Jalan Telawi, Bangsar, di Kuala Lumpur.
Pemandu kereta tersebut bagaimanapun dapat melarikan diri meninggalkan kenderaanya yang penuh dengan barang-barang kes pergaduhan.
Pihak polis turut berjaya menahan 17 lelaki dan empat wanita termasuk dua warga Thailand yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di kawasan berkenaan pada hari terbabit.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba membunuh dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.