Menu

INDIVIDU DIKHENDAKI HADIR PERBICARAAN KES BUNUH DI JOHOR

Kluang, 24 Mei 2017 Polis mengesan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi menghadiri perbicaraan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 55 tahun di Taman Bahagia, pada 29 Januari tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, dalam kejadian itu mangsa ditemui amti dengan beberapa kesan tikaman pada badannya di dalam kawasan kebun getah.

Katanya, berikutan itu polis mengesan Hazrul Hasan yang beralamat terakhir di No 24, Jalan Balai Raya, Kampung Palembang Lama, Kluang.

“Orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Hazrul berada diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 012-8191313,” katanya semalam.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS