Menu

POLIS 'TAPAU' HABIS MAT REMPIT BERLUMBA KETIKA ORANG LAIN SOLAT TARAWIH

Sekumpulan mat rempit yang tidak menghormati Ramadan apabila menyertai lumba haram ketika umat Islam menunaikan solat Tarawih di Kampung Pandan, di Kuantan, Pahang ditahan polis, kelmarin.

Mereka diserbu anggota polis dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Dalam operasi bermula jam 9 hingga 12 tengah malam itu, polis turut menyita 12 motosikal yang diubah suai dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS