Kuala Lumpur, 14 Jun 2017- Kolaborasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat telekomunikasi terkemuka negara Telekom Malaysia (TM) hari ini telah menyemarakkan lagi pengimarahan Ramadan menerusi Majlis Penyampaian Juadah Berbuka Puasa di sekitar ibu negara, petang tadi.
Bermula dari Jalan Tun Perak (LRT Masjid Jamek) seawal jam 5 petang, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim diiringi Pengarah JSPT Bukit Aman, Dato’ Mahamad Akhir Darus dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman mula mengagihkan bubur lambuk kepada anggota polis yang bertugas mengawal lalu lintas dan juga kepada orang ramai.
Dalam pada yang sama kepimpinan PDRM dan warga Telekom Malaysia turut sama beramah mesra dan mendekati masyarakat sambil mengedarkan risalah berkenaan Op Selamat 11/2017 kepada orang ramai.
Lokasi yang turut disinggahi dalam program ini adalah di sekitar Jalan Esfahan (SOGO) sebelum konvoi kepimpinan PDRM dan Telekom Malaysia yang diketuai Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim begerak ke perkarangan Dataran JSPT KL, Balai Polis Trafik, Jalan Bandar untuk majlis berbuka puasa.
Antara yang hadir sama menjayakan Majlis Penyampaian Juadah Berbuka Puasa ini adalah, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mazlan Lazim, barisan pegawai kanan, anggota PDRM dari sekitar ibu kota, pengurus kanan Telekom Malaysia dan rakan media.
Sekitar persiapan bubur lambuk di perkarangan Dataran JSPT KL, Balai Polis Trafik, Jalan Bandar
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman mengagihkan bubur lambuk kepada anggota polis yang sedang bertugas
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai
Pengagihan bubur lambuk di sekitar Jalan Tun Perak (LRT Masjid Jamek) oleh Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik KL bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman
Sekitar majlis berbuka puasa warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Telekom Malaysia (TM) di perkarangan Dataran JSPT KL, Balai Polis Trafik, Jalan Bandar