MAJLIS MOREH PDRM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI
Kuala Lumpur, 15 Jun 2017 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berbesar hati menghadiri Majlis Moreh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia yang berlangsung di Masjid Bukit Aman petang tadi.
Beliau yang disambut Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama-sama lebih kurang 400 orang Jemaah terdiri daripada warga kerja PDRM Bukit Aman menunaikan solat Isya’ dan Solat Sunat Tarawikh yang dipimpin oleh Imam Masjid Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Daud.
Dalam pada sama, Perdana Menteri turut bermurah hati menyampaikan sumbangan kepada PDRM dan PERKEP serta menampal pelekat ‘Negaraku’ pada kenderaan PDRM.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai kanan PDRM, Ahli-ahli PERKEP, dan rakan media.

Sekitar Majlis berlangsung