Menu

SAC DATUK MASTOR TERAJU UNIT TINDAKHAS

SAC DATUK MASTOR TERAJU UNIT TINDAKHAS

Kuala Lumpur, 28 Jun 2017 - SAC Datuk Mastor Mohd Ariff hari ini secara rasminya dilantik sebagai Komander Unit Tindakhas (UTK) menggantikan DCP Dato’ Hazani Ghazali yang kini menyandang jawatan sebagai Komander Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), dalam sebuah Majlis Serah Terima Tugas Komander UTK yang berlangsung di Kompleks Unit Tindakhas, Bukit Aman pagi tadi.

“Saya menaruh kepercayaan penuh kepada Datuk Mastor untuk memastikan unit elit PDRM ini sentiasa dalam keadaan siap siaga disamping menyambung legasi kecemerlangan UTK pada masa hadapan” ujar Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), DCP Dato’ Azizan Abd Aziz dalam ucaptama beliau.

Datuk Mastor dalam amanatnya pula menyeru kepada semua operatif UTK agar sentiasa menjaga nama baik pasukan dan meningkatkan disiplin diri dengan menekankan aspek kerohanian dan integriti.

Dalam pada itu, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP UTK iaitu diantara Datin Fadziah Abdul Hamid kepada Datin Shuhaida Othman yang disaksikan oleh Naib Pengerusi III PERKEP, Jabatan KDN/KA, Datin Rosnani Abdul Latif. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan KDN/KA, DCP Dato' Abdul Hamid Mohd Ali dan Pegawai-pegawai kanan UTK.

IMG_0758
IMG_0751
Sesi serah terima tugas Komander UTK diantara DCP Dato’ Hazani Ghazali kepada SAC Datuk Mastor Mohd Ariff dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), DCP Dato’ Azizan Abd Aziz

IMG_0785
IMG_0770
Sesi Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP UTK iaitu diantara Datin Fadziah Abdul Hamid kepada Datin Shuhaida Othman yang disaksikan oleh Naib Pengerusi III PERKEP, Jabatan KDN/KA, Datin Rosnani Abdul Latif.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS