Menu

PDRM PERKENAL TERAJU BAHARU JABATAN-JABATAN DAN PENGERUSI PERKEP

Kuala Lumpur, 25 Julai 2017 – Teraju utama jabatan-jabatan dalam organisasi Polis Diraja Malaysia diperbaharui lagi dalam satu Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan PDRM Serta Pengerusi PERKEP dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi.

Majlis pada pagi ini telah menyaksikan dua pengarah telah bertukar portfolio iaitu Dato’ Sri Abd Rahim Hj Hanafi yang sebelum ini dari Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman  akan berdiri sebaris dengan pengarah-pengarah PDRM yang lain.

Dato’ Sri Zulkifli Abdullah yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah Pengurusan akan mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) yang baharu, manakala Dato’ Ghaffar Rajab yang sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan mengambil alih jawatan Pengarah Pengurusan.

Kekosongan jawatan Pengarah JIPS pula akan diisi dengan perlantikan Dato’ Sri Abd Rahim Hj Hanafi sebagai pengarah jabatan tersebut.

Sementara itu, Dato’ Amer Haji Awal yang telah memangku jawatan sebagai Pengarah KDNKA sejak 23 Jun lalu, telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Dalam pada itu, tampuk pimpinan PERKEP turut menyaksikan beberapa pembaharuan di mana Datin Sri Noraini Abd Jalil yang sebelum ini merupakan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan akan menerajui PERKEP Jabatan KDNKA, sekali gus memberikan laluan kepada Datin Noorfajariah Abd Rahman untuk menerajui PERKEP Jabatan Pengurusan.

Kekosongan jawatan Pengerusi PERKEP JIPS pula akan diisi oleh Datin Sri Ramlah Hj. Mahmood dan tidak ketinggalan Datin Mastura Abd Karim yang telah memangku jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA sebelum ini, akan menerajui PERKEP Sarawak.

Majlis pada hari ini turut menyaksikan upacara pemakaian pangkat kepada 32 orang pegawai kanan PDRM dan telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

Turut hadir, barisan Pengarah-Pengarah PDRM, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

_MG_9408
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

_MG_4729
Bacaan Doa.

_MG_4721
Bacaan Doa.

_MG_4734
Sesi Pemakaian Pangkat kepada Pemangku Pengarah KDNKA PDRM, Dato' Amer Awal.

_MG_4752
Sesi Pemakaian Pangkat kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang, Dato' Raja Shahrom Raja Abdullah.


Sesi Pemakaian Pangkat kepada Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

_MG_9472
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Ghaffar Rajab ketika menyerahkan dokumen Serah Terima Tugas kepada Dato’ Sri Abd Rahim Hj Hanafi sambil disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

_MG_9503
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas kepada Dato’ Ghaffar Rajab sambil disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

_MG_4932 copy
Pemangku Timbalan Pengarah KDNKA, Dato’ Amer Awal ketika menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas kepada Dato’ Sri Zulkifli Abdullah sambil disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

_MG_9550
Datin Noorfajariah Abd Rahman ketika menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas kepada Datin Sri Ramlah Hj. Mahmood sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.
_MG_9584
Datin Mastura Abd Karim ketika menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas kepada Datin Sri Noraini Abd Jalil sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.

_MG_9562
Datin Sri Noraini Abd Jalil ketika menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas kepada Datin Noorfajariah Abd Rahman sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS